27 March 2012

Air mata jatuh

aku tak murah dengan air mata.
tapi hari ni aku biarkan ia jatuh.
sebab rindukan zaman dahulu.

zaman tak perlu ingat masalah berat dunia.
zaman sekolah.

lawan pemadam sampai dirampas dua lopak pensel.
lawan ceper sampai hujung kuku rabak.
pergi belakang sekolah cari labah-labah dan lawan dalam kotak mancis.
serius, rindu.

hujung tahun buat buku biodata kawan-kawan.
siapa kawan karib.
siapa kawan rapat.
siapa kawan biasa.
semuanya ditulis.
tergelak sekejap.

lopak pensel aku dari tempat video tape lama.
siap tampal dengan sticker pokemon dan digimon.
sebab masa tu tengah up benda alah tu.

rindukan main bola tin bersama kawan sekampung.
rindukan main polis entri sampai penat tersemput.
rindukan nak main galah panjang sampai baju comot.
rindukan dicubit cikgu kerana silap menjawab sifir.

sebenarnya, lagi megah bermuka comot dengan peluh.
dari pegang ipad 2 ayak ke sana sini berdada megah.

sebenarnya, lagi gagah aku dipukul cubit guru.
sebab ia mengajar aku apa itu ilmu sebenar.

5 comments:

ghost writer said...

banyak yang dah aku lupa masa zaman sekolah aku. aku budak nakal, dan biasanya setiap hukuman yang aku dapat aku tak simpan dalam hati dan hilang macam tuh saja.

bagi aku zaman sekolah cuma ajar aku bahwa lelaki harus lebih berani menerima kesakitan.

ctpayong said...

kakCT teringat...takut nak balik rumah sbb baju rabak kena tarik masa main galah panjang.

Budak sekarang ngadap video game dari pagi sampai petang....

Rindu nak berenang kat sungai melaka....

ziela salih said...

ghost- kannn? pada aku, zaman sekolah banyak ajar aku sekarang dengan cara kehidupan. walau now dah macam urban, hati tetap minah kampung


ct payong- eh, sungai melaka boleh berenang ker?hehe

Amiey White said...

Zaman sekolah paling diingati...aku masih ingat waktu arwah abah aku menjemput aku, orang bg surat cinta. indah sangat indah.

Anonymous said...

paling indah bila kecil-kecil dah ada secret admire.kan kan kan? - puteh