29 October 2012

kerja mudah atau sengsara?

buat slide memang mudah.
tak perlu penjelasan lebih.
hanya letakkan point-point penting untuk diterangkan kelak.

tapi bab menulis report.
aku memang gagal.
kerja mudah-copy paste.
kerja susah- buat sendiri.
pensyarah zaman sekarang hebat.
bak sekilas lihat ikan di air, dah tahu jantan betinanya.
mereka dengan mudah dapat tahu kalau anak muridnya mencuri karya orang.

yelah.
kalau kau pelajar biasa-biasa.
dan mereka dah tahu tahap engkau.
tiba-tiba kau dapat buat ayat klise, penuh bergaya siap berbunga-bunga.
tak ke kantoi namanya.

haih.
aku dari tadi mengadap laptop.
lama.
banyak benda harus diketahui.
sebelum nak buat ayat sendiri.
lantaklah ayat macam budak sekalipun.
janji mesejnya sampai.
dari buat ayat setinggi gunung.
tapi tak tahu makna terselindung.

konfrontasi indonesia-malaysia.
moga dipermudah.

No comments: