27 March 2012

Air mata jatuh

aku tak murah dengan air mata.
tapi hari ni aku biarkan ia jatuh.
sebab rindukan zaman dahulu.

zaman tak perlu ingat masalah berat dunia.
zaman sekolah.

lawan pemadam sampai dirampas dua lopak pensel.
lawan ceper sampai hujung kuku rabak.
pergi belakang sekolah cari labah-labah dan lawan dalam kotak mancis.
serius, rindu.

hujung tahun buat buku biodata kawan-kawan.
siapa kawan karib.
siapa kawan rapat.
siapa kawan biasa.
semuanya ditulis.
tergelak sekejap.

lopak pensel aku dari tempat video tape lama.
siap tampal dengan sticker pokemon dan digimon.
sebab masa tu tengah up benda alah tu.

rindukan main bola tin bersama kawan sekampung.
rindukan main polis entri sampai penat tersemput.
rindukan nak main galah panjang sampai baju comot.
rindukan dicubit cikgu kerana silap menjawab sifir.

sebenarnya, lagi megah bermuka comot dengan peluh.
dari pegang ipad 2 ayak ke sana sini berdada megah.

sebenarnya, lagi gagah aku dipukul cubit guru.
sebab ia mengajar aku apa itu ilmu sebenar.

26 March 2012

Buku jalanan dataran pahlawan

minggu ni akan diadakan hari buku jalanan
di dataran pahlawan.
bawalah buku apa sahaja.
janji bukan majalah mangga.

aku mungkin akan membawa kontrol histeria.
dan zine-zine yang dibeli lama.
kita baca sama-sama.
gelak ketawa.
semua.

25 March 2012

Minggu cuti

semalam.
tak ada apa yang dibuat.
paginya berehat.
malamnya mandi di kolam air panas.

hari ini.
tak ada apa juga yang dibuat.
paginya berehat.
petangnya layan nasi arab di bukit beruang.

ahhh, indah.

23 March 2012

Berat kurang

sejak aku mengamalkan herbalife ni.
berat aku mulai turun.
aku tidak bergantung dengan produk itu sahaja.
diikuti bersenam dan menjaga pemakanan.

itulah.
dulu taknak jaga berat badan.
sekarang kan dah susah.
haih

nota kaki- aku berhabis ratusan ringgit demi misi ini.

Ekonomi

hari ni kami menyanyi.
hari ni kami menebalkan muka kami.
demi kerja ekonomi.

lagu firework jadi latarnya.
haih, ragam kami macam-macam.
terima kasih keti peri.

22 March 2012

Dua muka

kelakar.
di depan muka aku.
kau terlalu manis.

di belakang.
kau tikam aku.
kau panah aku.
serius, kelakar.

tak sangka.
kau dua muka.
kelakar.

Realiti

dunia ni kesemuanya realiti.
walau sakit ditempuh.
tetap terpaksa.

realiti tu pedih.
sebab tu aku berimaginasi.
supaya dapat lari dari realiti.

realiti ni macam-macam.
kadang kala hitam.
dan selalunya kelam.

sabar jerla.


13 March 2012

Salah

kalau kau rasa engkau betul.
teruskan sahaja.
tak payah kau cuba betulkan kami.
kami ni dah sedia salah dari mula.
kalau dibetulkan juga.
tetap salah dimata kau.
kan?

10 March 2012

I'm Free.

Sejak duduk rumah sewa ni.
Aku jadi rasa bebas.
Nak pergi mana-mana suka hati.
Balik bila pun tak ada yang mempeduli.

Haih.
Ya Allah.
Tetapkanlah tujuan aku kesini.
Untuk mencari ilmu.
Untuk menjadi orang yang diberkati olehmu.
Amin.

Tugasan pertama

Kelas dah mula.
Jadual semester kali ni memang celaka.
Isnin sampai rabu memang penuh.

Tugasan pertama juga sudah diberi.
Paling bengang bila dapat tugasan ekonomi.
Kena buat lirik lagu untuk orang nyanyi.
Berkaitan apa itu kapitalis dan sosialis punya ciri.
Dalam ekonomi.

Maaf, aku bukan otak seni.
Nantikan hasilnya nanti.
-..-

01 March 2012

Pulang

Esok aku balik.
Penerbangannya tengah hari.
Moga selamatnya tiba.
Amin.