23 April 2012

Dingin

malam yang sunyi.
sepi.
menusuk hingga hitam tulang aku.

sejuk.

Omong malam

aku mahu kau.
kau tak pernah mahu aku.

aku suka kau.
kau tak pernah suka aku.

aku perlu kau.
kau tak pernah perlu aku.

bodohnya aku.
tak sepandai kau.

Dekat tak semesti rapat

pabila diri didekati bukan sejantina.
diri akan rasa dirapatkan.
dekat tak bermaksud rapat.

kadang-kadang perlunya suatu masa itu.
berkongsi apa adanya.
apa rasanya.
dengan yang bukan sama dengan kita.

dan apabila masa itu ada.
aku tidak mahu ada lebih rasanya.
antara kita.
cukup sekadar kita dekat.
tak rapat.

20 April 2012

Cuti

jyeah.
uitm dah cuti.
seminggu ok.
sebulan lepas ni.
ada cuti seminggu lagi.
haih. indahnya hidup ni.
:)

18 April 2012

Selamat tinggal

Khas untukmu sayang.
Maaf kita tak bisa bersama lagi.
Bukan kerana aku benci.
Tapi aku sudah punya yang lain.

Jaga diri sayang.
Moga kau tenang disana.
Tidak merindui aku lagi.

Selamat tinggal Facebook.
Selamat sayang Twitter.

17 April 2012

Pentadbiran Awam

Tadi ada ujian bagi Public Admin paper.
Apa yang boleh dikata, susah.
Susah sebab tak baca.
Ok, memang salah aku.

Apa yang ditanya mudah.
Apa itu konsep 1 Malaysia.
Apa pentadbiran yang diguna pakai kerajaan.

Aku jawab berdasarkan ilmu yang ada.
Pendek kata, ujian kali ini aku malas.
Menonton televisyen kerjanya.
(-..-)

11 April 2012

Gempa bumi

hari ini Acheh dilanda tsunami.
dengar cerita 8.9 skalanya.
tinggi julat tu.

harap orang disana dalam keadaan baik.
ada juga gegaran rasanya di sini.
belah utara dan kolumpo dapat rasa.

moga tiada apa yang berlaku.
amin.

10 April 2012

Permainan

Hari ini aku tekad.
Nekad sedalamnya.
Hendak memiliki PSP.

Maaf.
Jiwa aku kebudak-budakkan lagi.

Lega

Alhamdulillah, hari ini amat lega rasanya.
Banyak tugasan dapat diselesaikan.
Presentation ekonomi aku bagus.
Kuiz statistik aku boleh dibuat.
Dan ujian kertas undang-undang perniagaan sudah diselesaikan.

Alhamdulillah juga aku panjatkan ke Ilahi.
Kerna pabila aku disampahkan mereka-mereka.
Dia masih ada.
Lega.

08 April 2012

Ya Allah.

kuatkan aku.
tabahkan aku.
aku akhirnya dibuang pergi.
sekali lagi.

tak sangka ini yang aku terima.
apabila aku penat memuja dia.
selama hampir setahun bersama.

aku menangis.
sendiri.
dalam selimut.
sekarang.

06 April 2012

Mengantuk

penat.
letih.
tak larat.
tak mampu.
bingung.
lelah.
.
.
.
.
.
mengantuk.

04 April 2012

Tertepek di muka sendiri

tadi aku beri masa untuk aku membuka blog.
gadis yang aku suka baca isinya - fynn.
ceritanya mudah.
tentang seorang perempuan yang dikasihankan.

aku baca. aku teliti isinya. dan aku menangis sendiri dalam hati.
kerana apa yang ditulis tertahi jatuh di muka aku.
bagaimana rasa aku cuba segalanya.
agar diterima homosapien bergelar - lelaki.

lalu apa yang aku nak kongsi.
memang tak berbaloi berhabis segala.
demi lelaki.

biarlah buruk dimata.
biarlah gemok di depan semua.
asal jadi diri sendiri.

kalau dah terjodoh tak kemana.
pada suami nanti kau berikan.
apa yang kau nak beri sangat pada hari ini.

02 April 2012

Maaf

aku tengah siapkan tugasan ni.
pasal pengurusan di PROTON.
apa yang boleh aku komen.
aku banyak plagiat dalam tugasan kali ni.
maaf.
aku malas mengkaji.

01 April 2012

Sahabat platonik

tadi aku tonton Nona.
cerita tentang sahabat platonik.
ia merupakan persahabatan rapat berlainan jantina.

apa yang aku nak kata.
sahabat macam ni comel.
dia boleh menolak rasa cinta dan menganggap sahabat lagi penting.
selalunya, persahabatan rapat lelaki perempuan end up dengan perasaan cinta.
tapi sahabat platonik ini tak.

kalau ada yang kekasihnya mempunyai sahabat platonik.
jangan terlalu cemburu.
(-..-)

Hari penuh isi

jam dua aku mula bergerak keluar rumah.
tak kemana. dataran pahlawan saja.
ada buku jalanan bandar melaka.
lebih kurang sepuluh orang yang ada.

kami membaca.
kongsi ilmu.
tentang buku.

lepas tu ada acara sedekah ilmu.
occupy bandar melaka.
banyak informasi baru.

harapnya ia dibuat lagi.
lain kali.
:)