13 May 2012

..

laptop dah mula buat masalah.
minggu ini ada tiga pembentangan dan report kena hantar.
semuanya menggunakan microsoft word dan power point.
dan masalahnya- microsoft aku gagal dibuka.

hendak dihantar ke kedai-boleh.
tapi belum tentu siap dalam masa sehari.
tipikal kedai- lagi lama disimpan barang, lagi tinggi harga diletak.

nak pinjam laptop kawan.
masing-masing ada kerja hendak dibuat.
memang rasa pecah kepala.
memang rasa nak menangis sendiri.
tapi aku tahu tu semua buang masa.

aku cuba cari alternatif sendiri.
aku download microsoft 2010 trial session untuk 60 hari.
aku mendoakan ia boleh diguna untuk masa terdekat.

Ya Allah, tabahkan hati hambamu yang serba lemah ini.
Amin.


Bukti aku sedang menunggu sabar dari tadi.

.

rasa mahu lari.
jauh.

dan ini serius.

12 May 2012

Diam

tidak tahu kenapa.
aku memilih hendak menjadi senyap. diam.
mungkin sudah terlalu lama aku membising.
menyakitkan hati mereka-mereka.

mungkin ini masanya.
menjadi jangan bercakap.

06 May 2012

Woi

Memang seronok kalau diberi cuti banyak kali dan berminggu-minggu tapi kalau difikirkan balik, kami nak periksa tak lama lagi ni woi.

No title to be seen

Minggu yang sesak, sakit, pedih, sempit, serik.
Minggu yang dirasakan panjang.
Minggu yang dirasakan mahu mati.
Minggu ini.

Tersadung

Hati yang terlalu merindui.
Hati yang tak penat disalahi.
Hati yang sering memendam isi hati.

Kali ni.
Hati ini goyah. Hampir patah.
Tidak kuat menanggung lagi.
Maaf.
Hati ini sudah jatuh.

04 May 2012

Jumaat

hari yang indah.
hari yang Allah paling utamakan.
hari yang penuh rahmat-Nya.

hari yang tidak sibuk.
hari yang tidak panas.
hari yang tidak pernah dirasakan susah.

semoga jumaat yang datang tetap sama.
ya, sama.

03 May 2012

Mekdi

Mekdi.
Makanan paling terindahkan yahudi beri kepada aku.
Seminggu tak dapat.
Boleh mengasai sampai ke pagi.
Ah, mekdi!

Bangang

benda paling bangang dalam dunia ni adalah bila kau cari cermin mata kau keliling bilik dan ruang tamu tapi tak jumpa dan selepas tu kau jumpa cermin mata tu terletak molek di atas kepala kau.

ok, bai.