12 September 2012

cuma sekali

benda yang paling diingin.
benda yang kalau dapat rasa takkan merengek nak lagi.

burger bakar.
tapi bukan yang biasa.
ala, yang dekat kolumpo tu.
yang bun dia kaler kelabu sebab campur dengan arang.
yang masuk tv tu.

pelisss, akak bebenor nak rasa.
sekali pun cukup.
sekali je.

masa

tipu kalau akak kata akak tak kisah apa orang kata.
tipu kalau akak kata akak tak risau apa kesannya.

dah buat macam-macam.
dah pantang semua yang haram.

tapi dik.
kalau badan akak ni tetap macam tu jugak.
akak tak boleh kata apa dik.

akak bukan tuhan.
yang kalau dipetik sekali jadi gemuk, petik dua kali jadi kering.
serius, akak tak mampu kotakan semua tu sekali mampu.

bagilah akak masa.
boleh tak? akak cuma nak satu,
masa.

mari

semester baru buka.
duit sedang berkepok.
mari ke mekdi.
mari ke subway.
mari-mari.

semester nak habis.
duit tak ada.
mari ke tesco.
mari ke mydin.
beli sardin.
beli maggi.
mari-mari.

Lama benar

serius, lama benar tak menulis di sini.
tak catat apa-apa.
tak luahkan apa-apa.
bukan apa,
sibuk.

tiga bulan sebelum ini aku sibuk dengan semester dua dan intersesi.
syukur, tuhan makbulkan segala doa yang dipanjat ke atas-Nya.
alhamdulillah.

kali ni dah masuk semester baru-tiga.
biasa sahaja. dah separuh jalan.
tinggal tiga lagi.
lepas tu hembus nafas lega.
itupun kalau apa yang mahu, digapai sama.