17 October 2013

--

Benda paling 'silly' aku buat sekarang adalah cepat memberi.
Yelah, dah kau bagi ayat manis-mana tak jatuh.
Kalau kau tahu sekarang ni aku suka kau- mesti gelak habis.
Takpe. Kau bukan jenis baca blog budak 'silly'.

Apapon, aku tahu kau takkan baca ni.
Tapi seriously--
Weh, aku suka kau!

21 May 2013

Cuak

tengah cuak.
serius.
nak tercabut nyawa.
moga dipermudah semua.
moga terlaksana segala.
moga tercapai apa adanya.
Amin.

08 December 2012

pangkah aku jika mahu

suka hati aku nak tulis banyak mana.
ini rumah aku.
tak sudi?
ada butang pangkah belah kanan kau.

bai.

jangan jalang

berbau seakan nikotin.
menusuk.
serius ke ni?
aku tinggal hanya bersama para gadis.
tiada jantan.
tiada pondan.


ada yang nak jadi minah jalang ke kat sini?

Merapu dikala malam bingit

Lama benar tak update.
bukan apa.
rasa macam takde masa.
entah.

sekarang dah nak dekat final exam. serius cuak.
bukan apa, nak maintain lebih susah dari nak tingkatkan.
mak pun banyak bagi nasihat.
terima kasih mak.

buat ayah.
terima kasih telefon hari-hari tanya khabar.
walau ada masanya yang anakmu ni tak mengangkat panggilan kamu, harap ayahanda sudi memaafkan.

buat kawan-kawan.
belajar rajin-rajin.
harap berjaya bersama.
:)


29 October 2012

kerja mudah atau sengsara?

buat slide memang mudah.
tak perlu penjelasan lebih.
hanya letakkan point-point penting untuk diterangkan kelak.

tapi bab menulis report.
aku memang gagal.
kerja mudah-copy paste.
kerja susah- buat sendiri.
pensyarah zaman sekarang hebat.
bak sekilas lihat ikan di air, dah tahu jantan betinanya.
mereka dengan mudah dapat tahu kalau anak muridnya mencuri karya orang.

yelah.
kalau kau pelajar biasa-biasa.
dan mereka dah tahu tahap engkau.
tiba-tiba kau dapat buat ayat klise, penuh bergaya siap berbunga-bunga.
tak ke kantoi namanya.

haih.
aku dari tadi mengadap laptop.
lama.
banyak benda harus diketahui.
sebelum nak buat ayat sendiri.
lantaklah ayat macam budak sekalipun.
janji mesejnya sampai.
dari buat ayat setinggi gunung.
tapi tak tahu makna terselindung.

konfrontasi indonesia-malaysia.
moga dipermudah.

12 September 2012

cuma sekali

benda yang paling diingin.
benda yang kalau dapat rasa takkan merengek nak lagi.

burger bakar.
tapi bukan yang biasa.
ala, yang dekat kolumpo tu.
yang bun dia kaler kelabu sebab campur dengan arang.
yang masuk tv tu.

pelisss, akak bebenor nak rasa.
sekali pun cukup.
sekali je.

masa

tipu kalau akak kata akak tak kisah apa orang kata.
tipu kalau akak kata akak tak risau apa kesannya.

dah buat macam-macam.
dah pantang semua yang haram.

tapi dik.
kalau badan akak ni tetap macam tu jugak.
akak tak boleh kata apa dik.

akak bukan tuhan.
yang kalau dipetik sekali jadi gemuk, petik dua kali jadi kering.
serius, akak tak mampu kotakan semua tu sekali mampu.

bagilah akak masa.
boleh tak? akak cuma nak satu,
masa.

mari

semester baru buka.
duit sedang berkepok.
mari ke mekdi.
mari ke subway.
mari-mari.

semester nak habis.
duit tak ada.
mari ke tesco.
mari ke mydin.
beli sardin.
beli maggi.
mari-mari.

Lama benar

serius, lama benar tak menulis di sini.
tak catat apa-apa.
tak luahkan apa-apa.
bukan apa,
sibuk.

tiga bulan sebelum ini aku sibuk dengan semester dua dan intersesi.
syukur, tuhan makbulkan segala doa yang dipanjat ke atas-Nya.
alhamdulillah.

kali ni dah masuk semester baru-tiga.
biasa sahaja. dah separuh jalan.
tinggal tiga lagi.
lepas tu hembus nafas lega.
itupun kalau apa yang mahu, digapai sama.

21 June 2012

Periksa

tak lama lagi nak periksa.
serius cuak.
bukan cuak apa.
sebab takut terlebih suka.

Ya Allah.
aku mohon.
berikan aku kekuatan.

07 June 2012

Behave.

tak semua pernah gembira dengan apa kita buat.
serius.
jadi, behave yourself please.

13 May 2012

..

laptop dah mula buat masalah.
minggu ini ada tiga pembentangan dan report kena hantar.
semuanya menggunakan microsoft word dan power point.
dan masalahnya- microsoft aku gagal dibuka.

hendak dihantar ke kedai-boleh.
tapi belum tentu siap dalam masa sehari.
tipikal kedai- lagi lama disimpan barang, lagi tinggi harga diletak.

nak pinjam laptop kawan.
masing-masing ada kerja hendak dibuat.
memang rasa pecah kepala.
memang rasa nak menangis sendiri.
tapi aku tahu tu semua buang masa.

aku cuba cari alternatif sendiri.
aku download microsoft 2010 trial session untuk 60 hari.
aku mendoakan ia boleh diguna untuk masa terdekat.

Ya Allah, tabahkan hati hambamu yang serba lemah ini.
Amin.


Bukti aku sedang menunggu sabar dari tadi.

.

rasa mahu lari.
jauh.

dan ini serius.

12 May 2012

Diam

tidak tahu kenapa.
aku memilih hendak menjadi senyap. diam.
mungkin sudah terlalu lama aku membising.
menyakitkan hati mereka-mereka.

mungkin ini masanya.
menjadi jangan bercakap.

06 May 2012

Woi

Memang seronok kalau diberi cuti banyak kali dan berminggu-minggu tapi kalau difikirkan balik, kami nak periksa tak lama lagi ni woi.

No title to be seen

Minggu yang sesak, sakit, pedih, sempit, serik.
Minggu yang dirasakan panjang.
Minggu yang dirasakan mahu mati.
Minggu ini.

Tersadung

Hati yang terlalu merindui.
Hati yang tak penat disalahi.
Hati yang sering memendam isi hati.

Kali ni.
Hati ini goyah. Hampir patah.
Tidak kuat menanggung lagi.
Maaf.
Hati ini sudah jatuh.

04 May 2012

Jumaat

hari yang indah.
hari yang Allah paling utamakan.
hari yang penuh rahmat-Nya.

hari yang tidak sibuk.
hari yang tidak panas.
hari yang tidak pernah dirasakan susah.

semoga jumaat yang datang tetap sama.
ya, sama.

03 May 2012

Mekdi

Mekdi.
Makanan paling terindahkan yahudi beri kepada aku.
Seminggu tak dapat.
Boleh mengasai sampai ke pagi.
Ah, mekdi!