17 February 2012

Sejak bila?

Sejak bila aku suka lagu korea?
Sejak bila aku suka band korea?
Sejak bila aku menyimpan cerita mereka?

Maaf, aku tak suka tak bermakna aku benci.
Cuma diajak tonton bersama ceritanya mungkin aku tolak.
Diperdengarkan lagu mereka mungkin aku tutup sumbernya.

Bukan apa, mungkin rasa kita tak sama.
Jadi, fahamlah.

Telefon

Dua tiga hari ni perasaan rabak benar.
Telefon bimbit aku yang tak menerima koneksi wifi lagi.
Sedangkan baru dua bulan dibeli.

Di sana bolehlah aku menggunakan pakej BIS.
Sini, langsung tak ada.
Yang diharapkan.
Cuma koneksi wifi terhimpit semput.

Disitulah aku meluah segala.
Sedih.Suka.Semua.

Aku nak balik cepat.
Nak hantarkan dia ke doktor telekomunikasi.
Harap dia sembuh.
:(

11 February 2012

Sibuk

Beberapa hari ni aku sibuk benar.
Tidak punya masa untuk ke alam maya.
Laptop ini hanya diguna untuk beberapa perkara.

1.Plant vs Zombies.
2.Menonton cerita.

Tak dilupakan menantikan Vanila Coklat di laman Youtube.
Gadis kan aku?

06 February 2012

Sama

Memandang sekeliling.
Kosong.
Tak ada apa.
Yang ada cuma mereka-mereka yang kosong jiwanya.
Seakan aku.
Sama.

Tak kemana

Kalau kau asyik memandang orang kanan kiri,
Tak kemana.

Kalau kau terlalu endah apa yang dikata,
Tak kemana.

Kalau kau teragak-agak membuka langkah,
Tak kemana.

Persetankan. Maju. Tolak tepi semua.
Bukan dia yang tahu tuju halanya.
Hanya Dia.

05 February 2012

Hormat

Ini rumah aku.
Maka hormatkan.

Silalah bertandang.
Silalah duduk bersembang.

Aku tak kesah.
Cuma satu.
Hormatkan.

Kemahuan

Teringin belajar alat muzik.
Mahukan gitar, jari aku membatasi.
Mahukan piano, terasa sungguh gadis.

Maka aku putuskan.
Mahu dalami ilmu ukulele.
Lama tak apa. Janji ada.


Kekasih imaginasi

Kalau banyak sangat berangan,
Maka terciptalah kekasih imaginasi.
Itu pada aku.

Kekasih yang terlalu sempurna didamba.
Kekasih yang tercairkan dimahu.
Kekasih yang termanis diimpi.

Jika dia betul wujud.
Aku simpan dia dalam peti.
Takkan dikasi tengok.
Maaf, aku kedekut berkongsi.

Terukir di bintang

Siapa tak tahu lagu ni memang kodi.
Entah kenapa, aku disumpah dengannya.
Sebelum tidur, mesti akan jadi lullaby.
Baru aku akan terlenakan dek mimpi.

Lagu ni membawa aku jauh pergi.
Kadangkala tiba di Venice.
Kadangkala tiba di Kota Paris.

Ah, Yuna. Kau memang osem.

04 February 2012

Datang dan pergi

Kejap kau datang.
Kejap kau pergi.
Kejap kau datang.
Kejap lagi kau hilang lagi.

Ya Allah, hanya tuhan yang tahu.
Aku rindu kau.
Macam selalu.

03 February 2012

Ikatan keluarga

Tadi menaiki kereta dengan ayahanda. Berdua.
Berjalan di kawasan sekitar. Bercerita.
Banyak benda dikongsi tadi. Bersama.
Penuh dengan gelak tawa. Akhirnya.

Alhamdulillah, ikatan rapuh dulu kini kukuh.
Moga dipanjangkan usianya.
Agar aku dapat lihat senyumnya selalu.

Tiga tahun

Kau datang dalam hidup aku setelah tiga tahun kau hilang.
Terkejut. Tapi aku tetap boleh terima.
Aku fikir kita boleh jadi kawan.
Macam dulu.
Gelak tawa. Sedih bersama.
Tapi kau tetap sama.

Sakitkan hati aku sama macam kelmarin.
Seakan tiga tahun dulu.
Terima kasih 'sahabat lama'.
Kau membentuk dendam dalam aku.
Dan ia takkan padam.
Kali ni aku janji.

Nota kaki - kerana twitter aku terjumpa dia balik. Randomly follow  kononnya.

Kejadah.

Merentas desa

Tadi terbaca entri seorang teman baru di blog.
Dia menulis mengenai merentas desa.
Aku senyum. Lama.
Teringat cerita dulu.

Ada sahaja alasan.
Demam. Sakit kaki. Pening kepala.
Jadi tak boleh lari.
Paling koman pun ponteng terus sekolah hari tu.

Kalau diikutkan, aku tiada pengalaman merentas desa lansung.
Kesian.

02 February 2012

Review buku- Zombijaya

Aku beli buku ni minggu lepas. Harga tak mahal mana sebab guna baucar 1 Malaysia - RM20.00
Aku tertarik sebab ada lukisan zombi lima orang. Kreatif.
Aku belek lima minit, terus letak di kaunter dan beli.

Malam semalam baru aku habis baca buku ni.
Ambil masa tiga hari.
Pada aku, ceritanya sedikit tak tersusun.
Mungkin nak perkenalkan watak yang ramai.
Kena baca tekun.
Tapi jalan cerita boleh tahan. Menarik.

Pengakhiran ceritanya buat aku rasa tak puas hati.
Kenapa Nipis tak jadi zombi?

Perubahan

Beberapa hari ni, perasaan aku jadi lain.
Mula tidak sukakan fesbuk.
Lebih mencintai twitter.
Mula tinggalkan fesbuk.
Lebih bersama twitter.


Ala, macam zaman friendster dengan myspace dulu.
Masa friendster mula wujud, disanjung dan diagung.
Dah datang myspace.
Selamat jalan friendster.

Pengenalan diri

Hai, nama aku Ziela Salih
Boleh panggil Puteh
Tinggi aku 155 sentimeter
Mempunyai tampungan berat badan yang agak tinggi

Aku ada facebook- ziela salih
Aku ada twitter- cik_puteh

Jika tersudikan, boleh cari aku disana
Bye.